Friday 17 March 2017

AKU, ADENOMYOSIS DAN TTC

Assalammualaikum...hai..pembaca(ada ker??) nama aku ARA dan aku baru nak berjinak jinak dengan dunia blogger ni. Niat nak berblog sememangnya suda lama tapi xda masa. Dipendekkan cerita, aku dah berkahwin. Tahun ni dah genap 1 tahun 1 bulan aku mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta. Anak?? inilah salah satu punca kenapa aku berblog. Aku telah mencuba untuk pregnant dari hari pertama lagi aku kahwin. Hahhahaa.. giler ker ape...terdesak sangat aku nak anak. Well aku kawin masa tu tengah period, means aku target dalam bulan pertama aku akan pregnant. Nak jugala rasa macam org lain tu yg bunting pelamin. Namun kencundang, aku period juga pada bulan keduanya. Untungla wanita lain yg kawin jer terus mengandung ni maksudnya korang tu kategori wanita subur sesangat....hahaha...

Bila dah 2 hingga 3 bulan kawin xjuga mengandung..aku buat rilek jer..aku xrasa tertekan sikit pun..yela..baru 3 bulan kot..banyak masa lagi aku nak pregnant ni. Bila perkahwinan dah masuk 6 bulan aku dah cam pelik...apasalla aku xpregnant2 lagi ni..period tiap bulan datang..xderla ting tong kan..terpikir gak aku ni sakit ker..emm..delema aku untuk menjadi seorang ibu makin menjadi-jadi apabila kemana jer tempat aku pergi semua orang akan asyik tanya aku soalan yang sama..soalan yg aku xmampu jawap..soalan yg aku sendiri tak jawapannya..korang rasa2 soalan apa ek? jeng jeng jeng.

DAH ADA ISI KER?
MERANCANG KER?
RAJIN BUAT TAK DENGAN SUAMI?

Soalan2 ni memang buat aku tambah stress dah sedih tahap gaban...buat aku jadi malas nak keluar jumpa org..malas nak bsosial..malas sangat................... dalam mencuba nak pregnant secara normal aku adalah jugak try macam2 cara supaya aku pregnant cepat. Oh ya..lupa nak bagitau...walaupun period aku normal..tiap bulan datang tapi aku adalah seorang wanita yg mengalami sengugugut teruk sejak aku didatangi haid mula2 lagi..sengugut aku tu memang tahap yang sakit gila2 sampai nak buat kerja apapun xboleh. memang tahap baring guling2 atas katil sambil nanges2 sebab sakit yg teramat sangat. Memang dah jadi rutin aku tiap kali datang haid aku akan telan panadol 2 biji tiap 8 jam. Lepas makan panadol tu barula aku dapat teuskan hari aku macam biasa.

Disebabkan tak tahan dengan cakap2 orang yg asyik tanya bila aku nak mengandung..maka bermulala episode aku berTTC..perkara Pertama yg aku buat ialah aku nak cuba sembuhkan sengugut aku. Takut jugakla sebab sengugut teruk ni salah satu punca ketidaksuburan seorang wanita. So aku godek2la google pasal supplement atau apa2 jer ubat untunk sembuhkan sengugut. Dalam mencari-cari tu, carian yg paling femes sekali pasal sengugut ni ialah Shaklee. Aku pun teringinla nak mencuba, kot2 berhasil kan. Aku pun tryla makan shaklee..aku ambil GLA COMPLEX, BCOMPLEX, VITALEA, VIT C dan ALFAFA. bulan pertama makan aku dapat rasa selera makan aku naik dan still rasa sengugut teruk. Tapi aku tetap teruskan makan shaklee sampaila bulan ke 3. Namun aku masih rasa sengugut teruk and yess aku masih xpregnant. Aku pun stopla sekejap makan shaklee ni..aku tak katala shaklee ni tak bagus..tapi mungkin supplement ni tak sesuai dengan keadaan badan aku ni.

 Lepas rehat dari makan shaklee, aku pergilah pulak berurut, mula2 pergi jumpa makcik urut tu just nak minta dia urutkan badan aku yg asyik lenguh2 dan masuk angin ni. Tapi alang2 dah jumpa apa kata aku suruh dia check rahim aku sekali. Makcik bidan tu kata yg rahim aku terturun, sebab tu bila buat dengan suami air mani asyik keluar jer sebab tu susah lekat..(eh..eh..eh..makcik ni macam tau2 jer aku mmg ada masalah tu)...so dia pun urutla perut aku bagi naik peranakan..bermula aritu aku rajinla gi jumpa dia berurut tiap bulan. Sedih dan malangnya aku masih tak hamil lagi...kaedah ke 2 xberjaya..

Sebelum aku berTTC ni, aku byk baca chat2 room TTC MOTHER kat tenet. Salah satu kaedah untuk cepat pregnant adalah TTC mengunakan OPK(OVULATION TESK KIT)..OPK ni sebenarnya berfungsi untuk detect waktu subur kita. hihi..faham tak? means..wanita kalau nak pregnant adalah digalakkan untuk make love dengan suami pada waktu subur. Sebab pada waktu suburla wanita akan mengeluar telur dan make love bersama suami semasa subur akan meningkatkan peluang untuk hamil. Tapi macam mana nak tau waktu subur kita? wanita yg kitaran haidnya 28 hari bolehla agak yg waktu subur akan jatuh pada hari ke-14 after period..itu kalau wanita yg period teratur tp kalau yg xsama tiap bulan camne? so..inila dia kegunaan OPK..benda ni akan bantu kita detect waktu subur dengan mudah..rupa opk ni sama lebih kurang macam UPT(PREGANCY TEST)..celup2 dalam air kencing..kalau nampak double line yg sama terang means korang tgah suburla..

 ni la OPK..(Gambar ehsan dr Goole)

Em.......namun sedihnya...aku masih tak PREGNANT!!!!!....aku dah cuba guna opk ni..rasanya dah 5 bulan aku guna opk ni untuk detect waktu subur..and aku still tak pregnant. Ya Allah..sungguh besar ujianmu ya Allah..

Lepas tu aku cubala pulak guna BBT...aku baru try sebulan...sekarang pun aku masih berbbt..yg ni nak masuk bulan ke 2 la aku berBBT.. BBT ni kalau ikut peratusan yg berjaya hamil tersangatla tinggi..BBT adalah satu kaedah untuk hamil melalui pengukuran suhu badan pada setiap hari selepas bangun tido. Faham dok? maksudnya..bangun jer dari tido(tiap hari kena bangun pada waktu yg sama) terus ambil suhu badan..lepas tu masukkanla data suhu dalam carta graf BBT yg korang dah donlod dr mana2 Apps Store hanpon korang.. aku donlod fertility friend mobile kat Apps Store jer.. BBT ni akan tunjukkan waktu subur kita melalui perubahan suhu badan..nak lebih tepat..kalau BBT dah detect waktu subur time tu korang bolehla test guna OPK..kalau opk pun double line masa tu..so mmg tepatla BBT ni..aku aritu OPK dan BBT sama2 positif.. Bagi yg nak berTTC aku mmg suggest korang cuba BBT ni..lagi satu kelebihan BBT dia boleh bagitau yg kita ni pregnant or xpregnant..dan lagi sekali...aku still xpregnant walaupun guna BBT!!!!!

(BBT Chart...Gambar ehsan dr google)


Masa ni tahap stress aku dah naik tak tau tahap apa..kalau ingat mmg tiap hari aku nanges mengenang nasib aku yg xmengandung2 ni. Then satu hari aku smsla kawan sekolah lama aku..aku dengar dia dah kawin..saja nak sms dia..boleh share2 tips and luahkan perasaan. Kawan aku ni suggest aku ambil pil herba Maharani..dia kata ada kawan dia kahwin 5 bulan still tak pregnant..bila makan pil ni terus pregnant..aku pun apalagi..nakla cuba jugakkan..manatau melekat..huhu.. sebelum beli herba ni..aku google la jugak testimoni mummy2 yg berjaya preggy..mmg ramai jugakla yg berjaya pregnant..so aku nekadla nak cuba herba ni..lagipun ada yg berjaya sembuh dari sengugut teruk... dipendekkan cerita aku pun belilah herba ni...yet...aku still tak pregnant.huhuhuhuhu...aku makan dalam 3 kotak macam tu..sengugut aku still ada..tp dia adalah kurang sakit sikit...tp still sakit gak..means dia xsembuh 100%..so aku pun stop la pulak makan herba ni..kecewa lagi..................

Sekarang dah 2 bulan aku xmakan apa2 supplement and herba.. tapi acid folic xbolehla tak makan..yg ni memang kena makan..WAJIB!!! sebab acid folic ni baik untuk kuatkan rahim dan persediaan awal untuk pregnant..

Oleh kerana aku kawin dah genap setahun..aku nekad nak jumpa gynae pasal sengugut dan infertility aku. Pasangan yg dah kawin setahun dan mmg tinggal serumah (bukan yg dua2 kerja and duduk asing) tp masih xhamil2 mmg digalakkan untuk berjumpa gynae secepat mungkin..takut2 ada masalah kesuburankan..so bolehla buat treatment awal2 sebelum trlambat. Pada 10 march aritu aku jumpa gynae..suami pun ikut sekali..gila tak panik..takut gila nak jumpa dok..tambah2 lagi doktor puan ni..Masuk jer bilik doc tu aku terusla cerita masalah aku..sengugut..setahun kawin..xpregnant lagi..bla..bla...bla... dia pun suruhla aku baring..nak scan rahim katanya... masa dia scan tu..gigih dia cerita aku pasal pregnacy ni..aku pun layan jerla..then tiba2 dia stop..aku pun tanyala..knapa doc? ada prob ker? saya sakit ker? dia angguk and kata oo..patutla..aku dah takut dengar dia cakap macam tu.. dia pusingkan screen scaner tu kat aku..dia kata aku ada dot dot hitam kat otot rahim..Ya Allah..fikiran aku kosong jer masa tu..aku xtau nak respon macam mana..lepas tu dia masukkan la pulak satu alat dalam alat sulit aku untuk cek ovari kiri and kanan..lepas tu bermula sesi perbincangan... dia syak aku ada adenomyosis..adenomyosis terjadi apabila darah haid yg sepatutnya keluar melalui vigina melimpah ke belakang rahim dah tumbuh di dalam otot2 rahim sehinggah menyebabkan sakit sengugut yg teruk.  Aku tanyala doc tu..ada cara tak nak ubat sakit ni..dia kata takda...satu caranya adalah buang rahim...tp kalau buang rahim aku xkan mengandung buat selama lamanya..dengar jer dia cakap macam tu aku jadi kaku...Ya Allah..kuatkan semangat aku ya Allah...bantu aku Ya Allah....

Walaupun doc tu tak cakap yg aku ni tak subur ..tapi dari cara dia terangkan aku flow TTC untuk pregnant..aku tau aku ni ada masalah kesuburan...dia cadangkan buat IUI(suntik sperma suami dalam rahim)...kalau xberjaya iui buat lagi sekali iui..maximum buat iui ni 3x jer..so last chance adalah.buat IVF..huh..tapi ivf(cantumkan telur istri dan sperma suami diluar then masukkan dalam rahim) ni faham2la..bukan ribu kos dia..tp puluh ribu..sejak dapat berita sedih ni aku lagila bertambah2 murung...asyik nanges jer..pernah sekali aku gatal tangan godek google pasal adenomyosis..ya Allah...dalam byk2 kes penyakit rahim...adenomyosis ni adalah salah satu penyakit yg sangat2 berbahaya kepada wanita..sakit ni belum ada penawar..buang rahim hanyala satu2 cara untuk mengatasi penyakit ni.bila penyakit ni di tahap teruk..ia akan menganggu kehidupan harian kita..sakit perut tak kira masa..sakit paha..pinggul..tulang belakang..sakit ketika bersama suami..anemia..dan byk lagi....ya Allah..besarnya ujianmu untuk aku mengandungkan si anak kecil ini...tapi aku takkan putus asa..selagi aku masih mampu..aku akan terus mencuba..minggu depan dah start TTC aku bersama doc...semoga Allah beri aku peluang memiliki zuriat..soarang pun aku sangat bersyukur ya ALLAH..dan aku sangat bersyukur kerana memiliki seorang suami yg sangat penyayang dan penyabar..walaupun aku tau dia juga mahukan zuriat kami bersama..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there..sy rsa terpnggil utk post a comment dlm blog kmu.Thank you for your sharing...👍👍👍

      In my opinion, I think you should reverse balik consume maharani..it takes time..bagi la dlm setahun.Sy juga on TTC. Sy juga menghidap adeno & endo yg tahap serius jg..sbbnya last chance ivf tu pun memang tidak akan berjaya menurut doc pakar yg sy jumpa dekat kpj sabah last December yg lalu..sy jg mengalami senggugut yg melampau sampai tak dpt bngun & keadaan sy msa tu mmg nmpk spt org yg mcm hampir terputus nyawa. Sy jg tpksa ambil sick leave every month sampai 1 minggu pun ada jg. Maharani tu pun sd lma org suggest dgn sy tp sy madih blm terbuka hati utk cuba sehinggalah setelah 14 bulan sy menderita..barulah sy beli & cuba. Alangkah terkejutnya sy..sy baru consume satu kotak maharani..senggugut sy "disappeared" entah ke mana pd bulan yg berikutnya. Tp sy pn x akan prnh utk mencarinya lg. Cukuplah dgn segala keperitan yg sy lalui. Tp skrg ni adalah bulan ke3 sy x ada senggugut lg. Rasa mcm di heaven pl..msa on period pn..sy lngsung x ada rsa apa2 malah mcm org biasa saja. Mcm bukan period tp darah tu lancar saja kluar. Sy jg spt kmu..bmcm supplemen sd sy cuba sblm sy tbuka hati utk cuba maharani..shaklee jg ada, usana, elken, ubat kg..berurut..semua x menunjukkan hasil & sy pun x akan katakan produk tu tak bagus sbb produk tu mmg bgus tp mungkin itu bukan utk keadaan badan sy. Sehingga waktu 1st time x sakit tu..sy ternangis juga sbb sy ingatkan sy x akan prnh rsa keadaan mcm tu lagi. Selama sy sakit pn..sy kdg2 terlibtas jg mau buat prosedur buang rahim tp krn husband sy yg mahukan baby..sy tahan sakit tu & cuba cari jln lain sehinggalah sy say "Yes" to maharani. So, sesiapa yg menderita penyakit adeno & endo..cubalah maharani. Mungkin itu jwpn kpd masalah anda. Sy jg adalah seller..sy komen di sini pun sbb mungkin ini akan mbantu org yg hadapi mslh spt sy & blogger ini. Boleh email sy di sheronasera@gmail.com utk dptkan personal contact no sy because this is a public media. Sy akan fight this disease & sy hrp one day sy boleh ceritakan pula tentang perjalanan hidup sy sehingga menjadi seorang ibu. Give MAHARANI a try & of course never stop praying for His guide & blessings to make pregnancy journey a reality.

      Delete
  2. Saya pon menderita adenomyosis juga.. Pendarahan byk, sakit senggugut teruk, anemia.. Skrg tgh consume minyak zaitun drpd olive house.. Hrp ada perubahan dan kesembuhan.. :)

    ReplyDelete